Rafael Benítez mengambil alih jawatan pengurus Liverpool, tetapi dalam tahun pertama beliau menjadi pengurus, Liverpool hanya berupaya menduduki tempat kelima. Liverpool tewas dalam pertandingan akhir Piala Liga apabila ditewaskan oleh Chelsea F.C..jika tidak kerana gol sendiri Steven Gerrard Liverpool sepatutnya telah menjuarai Piala Liga kali ke 8 yang mana sebelumnya mendahului 1-0 sehinggaminit ke-80.liverpool juga terkeluar daripada pertandingan Piala F.A. apabila tewas kepada Burnley hasil jaringan gol sendiri oleh Djimi Traore. Hanya kemaraan dalam Liga Juara Eropah memberikan semangat kepada penyokong Liverpool.Tetapi musim berakhir dengan gemilang untuk Liverpool apabila memenangi
pertandingan akhir Piala Eropah walaupun Liverpool ketinggalan 3-0 dalam perlawanan menentang A.C. Milan. Liverpool menunjukkan permainan yang hambar semasa sepruh masa pertama dan Kaka bermain baik untuk A.C. Milan. Rafael Benítez melakukan pertukaran dengan memasukkan Dietmar Hamann dalam separuh masa kedua, dan kejayaan Dietmar Hamann mengekang pergerakan Kaka membolehkan Liverpool melawan balik dan menjaringkan 3 gol, menjadikan kedudukan 3-3. perlawan berakhir dengan sepakan penalti, dan Jerzy Dudek menjadi wira apabila berjaya menahan sepak penalti Andriy Shevchenko A.C. Milan. Rafael Benítez mengenalpasti ketiadaan konsistensi sebagai punca Liverpool tidak dapat menyaingi Chelsea F.C., Manchester United dan Arsenal. Tambahan pula liverpool mengakhiri musim satu tangga di bawah Everton F.C. yang menduduki tempat keempat
Dalam tahun 2005-06, Liverpool mengumpul 82 mata, jumlah mata paling tinggi dikump
ul oleh Liverpool sejak permulaan Liga Perdana. Liverpool juga menang Piala F.A. selepas menewaskan West Ham juga dengan sepakan penalti.Tahun 2006-07 menyaksikan Liverpool kembali berjaya ke peringkat akhir Liga Juara-Juara Eropah dan sekali lagi menentang AC Milan yang berjaya ke pusingan akhir setelah membenam Manchester United dengan argregat 5-3.
AC Milan dijangka akan cuba untuk membalas dendam kekalahan mereka 2 tahun lalu, yang menyaksi Liverpool memenangi Piala Eropah di malam perlawanan paling hebat di dalam sejarah Piala Eropah. Final Piala Juara Juara Eropah yang berlangsung di Athen itu dimenangi oleh pasukan A.C milan dengan jaringan 2-1. Kedua dua gol Ac Milan dijaringkan oleh Fillipo Inzaghi dan Dirk Kuyt menjaringkan satu gol untuk Liverpool. Pada 19 Mac 2009,Rafa telah menandatangani penjanjian kontrak bernilai 25£ milion bagi menhentikan spekulasi beliau akan berhijrah ke kelab real madrid.Diatas penjanjian baru ini,rafa diberi lanjutan 5 tahun kontrak serta keistimewaan seperti hak mengendalikan kouta pemain iaitu dari segi pembelian, dan kawalan pelajar akademi.Penjanjian ini adalah selepas kemenangan bergaya liverpool keatas real madrid dan manchester united dengan angka yang menakjubkan iaitu 4-0 dan 4-1.Selepas tementerainya penjanjian tersebut,rafa telah mengatakan bahawa "Anfield adalah tempat untuk saya" tanda penhargaan terhadap peminat the reds.



No comments:
Post a Comment